Selasa, 30 Jun 2015

LATAR BELAKANG KELAB AVIONIK RAJA ZAWANIA 8

KELAB AVIONIK RAJA ZAWANIA 8.
Kelab ini ditubuhkan pada 16 jun 2015 sempena dengan ahli kumpulan yang bertungkus-lumus untuk memasukki pertandingan Aeromodeling RC Plane  Piala Ahli Parlimen Besut yang merangkap Menteri Pendidikan 2. Nama kelab ini adalah gabungan dari mereka yang terlibat dalam membimbing, membantu dan menyumbang tenaga kepada pertandingan tersebut. Mereka adalah :
1. Cikgu Rozailani - Pengurus
2. Raja Haslina       - Isteri Cikgu Rozailani
3. Rohaizab             - Pak Jak (Jurulatih)
4. Cikgu Zakaria     
5. Wan Mohd Amirul Zakwan
6. Syahrul Izham
7. Nik Mohd Aiman
8. Wan Mohd Adha
9. Syed Mohd Iqbal
Hasil gabungan nama di atas maka terciptalah nama Kelab Avionik Raja Zawania 8. Kelab ini telah di nobatkan sebagai Johan Piala Ahli Parlimen Besut. Kelab ini juga telah diberi dana oleh Menteri Besar Terengganu iaitu YAB Dato Ahmad Razif Abdul Rahman RM5K bagi menggerakkan aktiviti aeromodeling kelab ini. Kelab ini telah diberikan sebuah bilik di SMK Tok Dor bagi menjalankan aktiviti. Ia telah di rasmikan pada 28 Mei 2015 oleh Datuk Mohd Azman Bin Azizan pemilik syarikat Azna Ulung Enterprise Sdn. Bhd, Azna Ulung Enterprise, Hup Man Trading Sdn Bhd Dan Hup Heng Trading Sdn Bhd. 
Segala penat lelah, penghinaan yang dilemparkan dan penyisihan yang dilakukan oleh guru-guru yang tidak menyokong, akhirnya kelab ini dikenali diseluruh Malaysia.
Kelab Zawania 8 juga telah dijemput untuk menjayakan projek di Sekolah Imtiaz Besut sempena perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 6 Julai 2015.
Kejayaan sebenar kelab ini adalah terciptanya sebilah keris yang direka untuk terang. Ahli kelab telah mereka bentuk keris yang diberi nama Raja Zawania 8 untuk terbang. Kami telah melakukan sebanyak 7 kali percubaan dengan 7 model keris tetapi gagal. Rekaan keris yang ke 8 kami telah berjaya setelah kami berjaya menemui center of graviti bagi rekaan kami. Disini kami paparkan gambar rentetan sejarah Kelab Raja Zawania 8.



 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan